What i'm thinking about...?

What i'm thinking about...?

Monday, September 5, 2011

Sedih...

Bukan apa pun aku nak share dalam ni, just aku agak terkejut jugakla coz aku terjumpa pic lama. Memang sedih sangat-sangat tapi aku dah tak boleh nak buat apa-apa. Aku dah malas nak carik pasal lagi pasal benda remeh-temeh macam tu. Tak lama lagi aku akan dapat "anugerah" yang Allah nak bagi untuk aku, aku tak nakla fikirkan perkara tu sampai berlarutan buat aku lagi bertambah sedih. Walaupun aku banyak kelemahan diri tapi aku try jugak nak berubah. Memang baru tadi niat aku tak baik, tapi aku try jugak lawan syaitan tu. Then, if dah ditakdirkan Tuhan nak buat aku perkara baik, dalam pada masa tu jugakla aku terjumpa pic tu. Aku dah dapat rasa, tapi try calm down finally kenyataan memang dah tak boleh diubah. Tapi kan, aku terlalu menuding jari sangat kat dia padahal dia dah confess banyak kali yang dia sayangkan aku. Bukan aku tak nak percaya tapi macam manalah aku nak percaya. Memang tak dinafikan memang jiwa aku terlalu sensitif, sedayanya aku try untuk tepis semua perasaan semua tu. Aku try untuk fikir positif tapi kadang-kadang aku tak boleh nak tipu perasaan aku sendiri. Aku tak nak menjadi hipokrit kepada diri aku sendiri. 

Saturday, August 27, 2011

Aku tak ada idea nak tulis apa?

Hy, jumpa lagi kita kali ni. Dah lama jugakla aku dah tak update blog aku ni. Bukan apa, aku malas sangat nak tulis padahal banyak perkara dan benda yang dah berlaku sepanjang aku tak update blog aku. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik dah nak habis Ramadhan dan dah nak masuk Syawal. Puasa kali ni aku tak excited sangat pun bukan apa, disebabkan bawak Baby ni, aku jadi malas nak puasa. Pasal raya pulak, aku memang dah tak rasa apa-apa pun sebab tahun ni aku tak balik ke kampung beraya dengan family aku kat Kuching Sarawak. Sebab tahun ni, buat pertama kalinya aku beraya dengan Suami Tercinta kat kampung dia. Tak apalah, aku okay je tak ada masalah. Teringin jugakla nak merasa beraya kat tempat orang. Pertama kali beraya sebagai isteri kepada Suami Tercinta. Alhamdulillah sepanjang kehidupan bergelar isteri ni, aku sangat bahagia dengan kehidupan ni sebab aku merasakan kebahagiaan yang Allah berikan kepada aku ni merupakan rahmat serta barakahNya. Terima kasih Ya Allah di atas keselesaan dan kebahagiaan yang telah kau berikan. Insyaallah, aku akan cuba untuk berusaha berubah yang pertama sekali aku nak solat niat kerana Allah. Perkara itulah yang paling aku nak buat. Semoga Allah memberikan aku petunjukNya untuk aku benar-benar mendekatiNya kelak dengan izinNya. Okaylah setakat ni sajalah penulisan aku untuk kali ni. Sehingga bertemu lagi.

Tuesday, July 19, 2011

Dah Lama Rasanya Tak Tulis Blog

Ahamdulillah, kita berjumpa lagi di dalam ruangan ni lagi (Blog). Since aku dah nikah, aku memang malas sangat nak tulis tentang life aku after jadi isteri kepada suami tercinta. Almaklumla pape pun suami didahulukan walaupun aku tak pernah lupakan Allah S.W.T. Cepat je masa berlalu, sekarang aku pun dah 5bulan pregnancy. Rasa cam tak percaya pun ada. Pape pun, aku takdela terlalu berharap sangat pun, dan takdela menolak takdir dan rezeki Allah S.W.T. Bagi aku, kehidupan diteruskan. 

Tuesday, April 19, 2011

12/3/2011 Sabtu Majlis Resepsi

Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar. Terlalu banyak kenangan yang ditempuh pada hari ini. Actually, aku and hubby with his friends sama-sama tolong buat pelamin kami. Seronok sangat-sangat. Yang paling aku tak akan aku lupakan ialah Qaseh Eryda kerana sanggup dan sudi menghadirkan diri semasa bump-in untuk perkahwinan aku yang paling meriah sekali. Pada malam tu, aku pakai gown putih and hubby aku plak pakai suit warna hitam. Nervous jugak la cause first time la katakan. Aku hanya berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik-baik. Ramai jugak kawan-kawan sebelah hubby and also his family. If sebelah aku plak, sedih jugak la cause juzt ada adik lelaki and adik perempuan aku je yang ada masa tu. Tapi tak apalah cause its enough for me. Kawan-kawan aku yang lain memang aku tak nak jemput sangat cause aku ni suka lone-ranger punya orang senang faham tak banyak kawanla katakan. Aku tak percaya sangat kat kawan cause macam-macam hal je diorang ni buat sampaikan aku pun dah tal terlarat nak layan. Dahla, malas nak cerita bab-bab kawan ni. Buang masa je kan. Okay, berbalik kepada topik kita yang mula-mula tadi. Pada malam kemuncak, memang tak disangka cause firts time duduk kat pelamin yang dicipta hasil bersama dengan kawan-kawan hubby. Seronok sangat-sangat. Actually, aku dah tak tau nak cakap apa kat dalam ni. Apa pun, aku bersyukur sangat-sangat cause dah jadi isteri orang. Lepas ni, aku akan jadi sebaik-baik isteri kepada suamiku yang tercinta. Thank you so much my dearest Hubby cause sanggup berkorban dan setia disisi selama ni. Terima kasih Ya Allah...

12/3/2011 Sabtu Majlis Resepsi

10/2/2011 KHAMIS AKAD NIKAH

Alhamdulillah...
Rasa macam tak percaya sebab finally aku NIKAH juga...
At first, aku buat macam biasa je, tapi after dah di akad nikahkan, aku dah tak tau nak cakap apa....
Hanya Tuhan je yang tahu hati dan perasaan aku masa tu...
Tapi yang paling sedih sekali masa tu, hanya 5 orang je yang ada kat dlam bilik Tok Kadi masa tu...
Termasuk husband aku, diri aku sendiri, tok kadi dan 2 orang saksi daripada Jabatan Agama Islam Selangor...
Mesti semua orang pelikkan? Actually, aku apply nak nikah kat Shah Alam, so aku dah minta izin daripada Ayah aku sendiri then dia setuju. So, segalanya berjalan dengan baik dan lancar...
Masa akad nikah, me and husband tak bawa kamera, so tak adalah gambar kenangan aku and husband masa akad nikah. Tapi tak apalah, kenangan semua tu aku akan simpankan dalam ingatan dan tak akan pernah padam sampai bila-bila insyaAllah...
If tak ada gambar sekalipun, aku tunggu kehadiran 12/3/2011 (Sabtu) merupakan tarikh moment yang paling sweet sebab majlis persepsi....
okaylah, setakat disini sahajalah perkongsian kita bersama-sama...

Saturday, April 16, 2011

30/3/2011 (Rabu) Pergi Klinik Jumpa Doktor

Alhamdulillah, because tak sangka lepas jumpa doktor dapat tau berita yang paling gembira sekali dalam hidup. Mulanya aku just sakit biasa-biasa je, yelah batuk-batuk sampaikan sakit kepala sampai tak tertahan rasanya. Memang teruk juglah batuk because batuk kering.