What i'm thinking about...?

What i'm thinking about...?

Friday, September 30, 2011

Scan 3D Baby...

Alhamdulillah, 29.September.2011 (Khamis) semalam aku dan husband pergi buat Scan 3D dekat Klinik Umra Shah Alam. Harga pun berpatutan just RM120 sahaja. Kepada sesiapa bakal ibu, bolehlah pergi ke klinik tersebut. Aku teringin pergi ke klinik tersebut pun bukan disebabkan nak tau jantina baby even before ni aku dan husband tak tau jantina baby, padahal semalam dah dapat tau, sebenarnya aku just nak tau perkembangan baby aku, okay ke tak dia.... Before nak buat scan 3D, aku kenalah ikut prosedur macam pertama sekali aku kena buat timbang berat badan, then ku kena buat cek teknan darah and last sekali aku kena buat pemeriksaan air kencing (urin). Then lepas tu, aku tunggulh giliran nak kena panggil. 1st time masuk bilik scan tu, berdebar jugak nak tengok perkembangan baby. Yang paling seronok ialah husband aku masuk sekali tengok perkembangan baby. Masa doktor scan, Subhanallah.... Aku happy sangat-sangat. Hanya Tuahn je yang tau perasaan masa tu. Banyak perkara yang doktor bagitau aku, takdelah semuanya aku faham apa yang doktor cakap, tapi sikit-sikit jelah yang aku faham..Yang lain-lain perkembangan baby aku normal just perut baby je yg kecik sikit, tapi takdelah berisiko dan memudaratkan baby. Walauapapun, Alhamdulillah sangat-sangat ke hadrat Allah S.W.T di atas kurnian hadiah yang tak ternilai ni buat aku dan husband. Terima Kasih Ya Allah....... =)

No comments:

Post a Comment