Aku bukan sengaja nak carik pasal dengan dia. Tapi dia tak pernah faham perasaan aku. Dia lelaki, walaupun suami aku tetapi dia tak faham. Aku lebih selesa untuk berkongsi dengan kawan perempuan aku. Kawan perempuan aku lebih memahami aku berbanding dia. Apa yang dikepalanya hanyalah untuk aku menjadi isteri yang taat kepada dia tapi dia pernah ke tak nak memahami perasaan aku? Memanglah syurga itu terletak di kaki suami tetapi apakah dia lebih memahami perasaan aku. Aku sedar aku tak sesempurna yang isteri solehah tetapi aku memiliki perasaan yang halus yang amat sensitif. Kadang-kadang bila difikirkan, aku merasakan aku tiada ruang untuk meluahkan apa yang terbuku dihati aku. Disaat aku kesedihan, aku perlukan kawan perempuan yang memahami aku untuk aku berkongsi perasaan aku kerana hanya kawan perempuan aku sahajalah yang dapat menenangkan aku dengan berkata "sabarlah k?". Hanya dengan berkata sedemikian, aku sudah mulai untuk bertenang. Aku tidak memerlukan kata-kata yang berupa nasihat yang berbaur nada tinggi ketika bercakap dengan aku. Lagi bertambah membuat aku berasa sedih disebabkan nada yang dilontarkan. Benar seperti yang dikatakan, hanya sesama perempuan saling memahami perasaan ini jika dibandingkan kita hendak berkongsi masalah dengan suami kita sendiri. Belum pasti mereka akan memahami diri kita. Seperti yang telah dinyatakan di dalam hadis dan Al-Quran bahawa ciptanya laki-laki dan wanita adalah berbeza dan tidak sama maka untuk lebih serasi itu adalah tidak mungkin sama sebagai contoh tentang perasaan wanita. Aku ingin kembali kepada masa dahulu di mana suatu ketika aku terlalu gembira untuk bersama dengan sahabat perempuan ketika bersama-sama melalui kehidupan yang menggembirakan kami. Sesungguhnya, ketika itu aku terlalu bahagia melakar kenangan bersama sahabat perempuan aku. Hanya mereka lebih memahami berbanding suami kita sendiri. Pada sudut pandangan Islam, lazimnya sebagai isteri perlu taat kepada suami tetapi apabila tiba masanya kita memerlukan seseorang sahabat perempuan untuk berbicara maka kita lebih selesa untuk berkongsi cerita yang menggembirakan perasaan kita sendiri.
No comments:
Post a Comment