What i'm thinking about...?

What i'm thinking about...?

Saturday, August 27, 2011

Aku tak ada idea nak tulis apa?

Hy, jumpa lagi kita kali ni. Dah lama jugakla aku dah tak update blog aku ni. Bukan apa, aku malas sangat nak tulis padahal banyak perkara dan benda yang dah berlaku sepanjang aku tak update blog aku. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik dah nak habis Ramadhan dan dah nak masuk Syawal. Puasa kali ni aku tak excited sangat pun bukan apa, disebabkan bawak Baby ni, aku jadi malas nak puasa. Pasal raya pulak, aku memang dah tak rasa apa-apa pun sebab tahun ni aku tak balik ke kampung beraya dengan family aku kat Kuching Sarawak. Sebab tahun ni, buat pertama kalinya aku beraya dengan Suami Tercinta kat kampung dia. Tak apalah, aku okay je tak ada masalah. Teringin jugakla nak merasa beraya kat tempat orang. Pertama kali beraya sebagai isteri kepada Suami Tercinta. Alhamdulillah sepanjang kehidupan bergelar isteri ni, aku sangat bahagia dengan kehidupan ni sebab aku merasakan kebahagiaan yang Allah berikan kepada aku ni merupakan rahmat serta barakahNya. Terima kasih Ya Allah di atas keselesaan dan kebahagiaan yang telah kau berikan. Insyaallah, aku akan cuba untuk berusaha berubah yang pertama sekali aku nak solat niat kerana Allah. Perkara itulah yang paling aku nak buat. Semoga Allah memberikan aku petunjukNya untuk aku benar-benar mendekatiNya kelak dengan izinNya. Okaylah setakat ni sajalah penulisan aku untuk kali ni. Sehingga bertemu lagi.

No comments:

Post a Comment