Alhamdulillah, 29.September.2011 (Khamis) semalam aku dan husband pergi buat Scan 3D dekat Klinik Umra Shah Alam. Harga pun berpatutan just RM120 sahaja. Kepada sesiapa bakal ibu, bolehlah pergi ke klinik tersebut. Aku teringin pergi ke klinik tersebut pun bukan disebabkan nak tau jantina baby even before ni aku dan husband tak tau jantina baby, padahal semalam dah dapat tau, sebenarnya aku just nak tau perkembangan baby aku, okay ke tak dia.... Before nak buat scan 3D, aku kenalah ikut prosedur macam pertama sekali aku kena buat timbang berat badan, then ku kena buat cek teknan darah and last sekali aku kena buat pemeriksaan air kencing (urin). Then lepas tu, aku tunggulh giliran nak kena panggil. 1st time masuk bilik scan tu, berdebar jugak nak tengok perkembangan baby. Yang paling seronok ialah husband aku masuk sekali tengok perkembangan baby. Masa doktor scan, Subhanallah.... Aku happy sangat-sangat. Hanya Tuahn je yang tau perasaan masa tu. Banyak perkara yang doktor bagitau aku, takdelah semuanya aku faham apa yang doktor cakap, tapi sikit-sikit jelah yang aku faham..Yang lain-lain perkembangan baby aku normal just perut baby je yg kecik sikit, tapi takdelah berisiko dan memudaratkan baby. Walauapapun, Alhamdulillah sangat-sangat ke hadrat Allah S.W.T di atas kurnian hadiah yang tak ternilai ni buat aku dan husband. Terima Kasih Ya Allah....... =)
What i'm thinking about...?
Friday, September 30, 2011
Thursday, September 22, 2011
Tertunai Juga Hajat Aku... GADGET....
Alhamdulillah, sebab finally aku dah beli Netbook yang bertitle " Lenovo" . Juga, aku telah berjaya membeli kamera digital "Panasonic-Lumix" . Even guna duit PTPTN tapi tak apalah kalau dah memang rezeki aku. Insyaallah lepas ni aku nak simpan duit untuk beli Handycam pulak. Saja je nak buat koleksi. Bila aku beli guna duit sendiri baru aku puas hati. Aku tak nak susah-susah guna duit suami aku even duit dia adalah duit aku juga. Aku rasa setakat ni sajalah apa yang aku nak share dalam ni. Bye! =)
Thursday, September 8, 2011
Dia tak faham perasaan aku...
Aku bukan sengaja nak carik pasal dengan dia. Tapi dia tak pernah faham perasaan aku. Dia lelaki, walaupun suami aku tetapi dia tak faham. Aku lebih selesa untuk berkongsi dengan kawan perempuan aku. Kawan perempuan aku lebih memahami aku berbanding dia. Apa yang dikepalanya hanyalah untuk aku menjadi isteri yang taat kepada dia tapi dia pernah ke tak nak memahami perasaan aku? Memanglah syurga itu terletak di kaki suami tetapi apakah dia lebih memahami perasaan aku. Aku sedar aku tak sesempurna yang isteri solehah tetapi aku memiliki perasaan yang halus yang amat sensitif. Kadang-kadang bila difikirkan, aku merasakan aku tiada ruang untuk meluahkan apa yang terbuku dihati aku. Disaat aku kesedihan, aku perlukan kawan perempuan yang memahami aku untuk aku berkongsi perasaan aku kerana hanya kawan perempuan aku sahajalah yang dapat menenangkan aku dengan berkata "sabarlah k?". Hanya dengan berkata sedemikian, aku sudah mulai untuk bertenang. Aku tidak memerlukan kata-kata yang berupa nasihat yang berbaur nada tinggi ketika bercakap dengan aku. Lagi bertambah membuat aku berasa sedih disebabkan nada yang dilontarkan. Benar seperti yang dikatakan, hanya sesama perempuan saling memahami perasaan ini jika dibandingkan kita hendak berkongsi masalah dengan suami kita sendiri. Belum pasti mereka akan memahami diri kita. Seperti yang telah dinyatakan di dalam hadis dan Al-Quran bahawa ciptanya laki-laki dan wanita adalah berbeza dan tidak sama maka untuk lebih serasi itu adalah tidak mungkin sama sebagai contoh tentang perasaan wanita. Aku ingin kembali kepada masa dahulu di mana suatu ketika aku terlalu gembira untuk bersama dengan sahabat perempuan ketika bersama-sama melalui kehidupan yang menggembirakan kami. Sesungguhnya, ketika itu aku terlalu bahagia melakar kenangan bersama sahabat perempuan aku. Hanya mereka lebih memahami berbanding suami kita sendiri. Pada sudut pandangan Islam, lazimnya sebagai isteri perlu taat kepada suami tetapi apabila tiba masanya kita memerlukan seseorang sahabat perempuan untuk berbicara maka kita lebih selesa untuk berkongsi cerita yang menggembirakan perasaan kita sendiri.
Monday, September 5, 2011
Sedih...
Bukan apa pun aku nak share dalam ni, just aku agak terkejut jugakla coz aku terjumpa pic lama. Memang sedih sangat-sangat tapi aku dah tak boleh nak buat apa-apa. Aku dah malas nak carik pasal lagi pasal benda remeh-temeh macam tu. Tak lama lagi aku akan dapat "anugerah" yang Allah nak bagi untuk aku, aku tak nakla fikirkan perkara tu sampai berlarutan buat aku lagi bertambah sedih. Walaupun aku banyak kelemahan diri tapi aku try jugak nak berubah. Memang baru tadi niat aku tak baik, tapi aku try jugak lawan syaitan tu. Then, if dah ditakdirkan Tuhan nak buat aku perkara baik, dalam pada masa tu jugakla aku terjumpa pic tu. Aku dah dapat rasa, tapi try calm down finally kenyataan memang dah tak boleh diubah. Tapi kan, aku terlalu menuding jari sangat kat dia padahal dia dah confess banyak kali yang dia sayangkan aku. Bukan aku tak nak percaya tapi macam manalah aku nak percaya. Memang tak dinafikan memang jiwa aku terlalu sensitif, sedayanya aku try untuk tepis semua perasaan semua tu. Aku try untuk fikir positif tapi kadang-kadang aku tak boleh nak tipu perasaan aku sendiri. Aku tak nak menjadi hipokrit kepada diri aku sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)