What i'm thinking about...?

What i'm thinking about...?

Thursday, February 10, 2011

10 FEBRUARI 2011 (KHAMIS), 7 RABIUL AWAL 1432 HIJRAH

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T setelah berhempas pulas di dalam menyelesaikan "sesuatu" akhirnya pada hari ini aku telah berjaya mengharunginya. Terima kasih duhai "kasihku" kerana telah banyak bersabar dengan dugaan ini sehinggalah pada hari ini kita telah "berjaya". Tiada kata selain perkataan yang dapat menggambarkan perasaan aku ini pada ketika ini. Segalanya telah aku serahkan kepada takdir menentukan segala-galanya demi melaksanakan "amanah" ini kepada "kami". Ya Allah, semoga selepas ini KAU berikanlah aku "petunjuk" untuk menjadi seorang yang bertangungjawab di atas tanggungjawab yang aku galas selepas ini. Ya Allah, semoga KAU meredhai dan memberkati "kami". Ya Allah, KAU pimpinlah aku untuk menjadi seorang wanita yang "solehah". Ya Allah, KAU berikanlah aku ketetapan hati ini untuk bersabar dan tabah di dalam menempuh dugaanMU. Ya Allah, KAU "selimutilah" hati aku dengan seluas lautan dan langit ciptaanMU yang penuh dengan kasih-sayangmu. Tetapkanlah hatiku ini Ya Allah...

No comments:

Post a Comment