End of this semester, alhamdulillah. Tak sangka akhirnya berjaya jugak aku menghabiskan semester ke-2 ni, tapi tak tau lagila result nanti cam ne? Tak pelah, apa yang penting aku nak jumpe adik-adik aku kat Sarawak. Rindu sangat-sangat kat diorang sume. Aku harap adik-adik aku sume sihat-sihat belaka. Satu lagi berita gembira, adik aku Anaz dapat keputusan UPSR 4A 1B. Tahniah buat adik aku di atas usaha die selama ni. Selain itu, aku pun mendapat berita yang tidak gembira bahawa ada seseorang yang telah pergi menghadap Allah buat selamanya dan kita doakan lah buat arwah semoga ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman dan bertakwa. Hari demi hari aku bahagia dengan kehidupan ku kini kerana aku sudah berusaha melupakan seseorang yang pernah singgah di hati aku ni sebelum ni. Biarlah, itu semua kisah lama then aku malas nak ingat sume tu lagi. Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan dan ruang waktu untuk ku bernafas di muka bumi Mu ini. Kadang-kadang kan aku ni jahat sebenarnya, sebab bukan apa pandai nasihat orang tapi diri sendiri pun tak betul. Hipokritnya aku. Padahal aku ni jahat giler, apa yang jahatnya biarlah aku dan Allah je yang tahu sume tu. Tak perlu la aku nak tulis kat sini plak kan. Aku cuba untuk berubah tapi tak tau lagi bila la aku nak berubahnya,,,? Maybe dah nak mati nanti baru aku nak bertaubat then masa tulah dah terlambat sangat-sangat. Masa tulah baru aku nak menyesal. Dah tak ada guna lagi dah untuk aku meratapi dan menangisi tiap apa yang dah berlaku. Masa tu baru padan dengan muka aku.
No comments:
Post a Comment